Graduan Pendidikan Dilantik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) yang menamatkan pengajian tahun ini, berpeluang dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelantikan itu tertakluk kepada mereka yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temuduga kendalian SPP.

Mengikut rekod kementerian, seramai 10,715 penuntut program pendidikan telah dan akan menamatkan pengajian tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 2,960 graduan yang menamatkan pengajian sebelum 1 Julai dijadualkan untuk ditemuduga SPP, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mereka yang terlibat ialah seramai 2,478 orang daripada program J-Qaf; program TESL (368); Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institut Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) dan Program Pelajar Cemerlang (90); Program Bahasa Perancis (14) dan 10 calon mengulang temuduga berdasarkan keperluan opsyen.

"Sementara SPP menyelesaikan urusan temuduga, kementerian akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan itu mulai 16 Okt ini," katanya sambil menambah bahawa pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temuduga SPP.

Muhyiddin berkata bagi kumpulan yang akan menamatkan pengajian selepas Jun tahun ini iaitu seramai 7,755 orang, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk pelantikan ke jawatan PPPS gred DG41 kepada SPP supaya penjadualan temuduga dapat disegerakan.

Katanya penempatan kumpulan itu yang lulus temuduga SPP akan dibuat pada tahun depan.

Muhyiddin berkata keputusan penempatan itu setelah mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik kelak, berkhidmatlah dengan jujur dan dedikasi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan