SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bercadang menambah baik mekanisme penstrukturan gaji penjawat awam yang mempunyai kelulusan ijazah selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan awal.

"Kami sedang mengkaji kemungkinan...siswazah yang bermula kerja dengan gred 41 boleh naik sehingga jawatan KSN tetapi tidak semua orang boleh naik ke peringkat itu kerana terdapat 1.4 juta penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhajaya Perkhidmatan Awam di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendapatan penjawat awam menjelang 2020.

Ali berkata pihaknya telah memberi idea itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dikaji kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan.

"Kami tidak boleh laksanakannya dengan serta merta...kerana ia perlu melalui proses, langkah demi langkah. Kami perlu melihat setiap skim (perkhidmatan)," katanya.

Katanya antara mekanisme penstrukturan yang dipertimbangkan ialah kenaikan gred berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara memuji prestasi penjawat awam di peringkat persekutuan dan negeri.

Sepanjang program dua hari beliau di Perak sejak semalam, Ali antara lain melawat kawasan rumah pangsa Waller Court, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan