Rapid Pengerang Modal Pembangkang Alih Perhatian Rakyat - TPM

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan pembangkang yang kini mempersoal Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid Pengerang) di Pengerang, Johor hanya strategi mengalih perhatian masyarakat daripada masalah dalaman mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sudah dijangka pakatan pembangkang semakin meningkatkan serangan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sehinggalah pilihan raya umum ke-13 diadakan.

"Saya fikir dia takkan berhenti malah akan dipertingkat serangan kepada kerajaan sama ada projek itu adalah Lynas, Rapid atau lain-lain projek yang kita laksanakan dan dapat sokongan daripada rakyat dan melibatkan perbelanjaan yang besar. Segalanyanya dipolitikkan.

"Bila Lynas dah mula difahami, dengan kerajaan buat pelbagai langkah tentukan ia selamat dan akhirnya keluarkan lesen, pembangkang tak berhenti (di situ dan) beralih pula kepada projek Rapid dengan kempen hijau dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, Khamis.

Beliau mengulas tindakan pembangkang menimbulkan isu baharu Rapid Pengerang di kawasan seluas 2,600 hektar, selepas isu projek Lynas (kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang) semakin reda dan diterima rakyat. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata Rapid Pengerang adalah sebuah projek nasional di bawah kendalian Petronas yang bakal memberi pulangan besar untuk diagihkan semula kepada rakyat.

Beliau dimaklumkan oleh anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman Said semalam bahawa sebahagian besar penduduk yang terlibat secara langsung dapat menerima kenyataan bahawa kawasan itu akan dibangunkan.

"Kalau dulu tidak jelas soal ganti rugi tanah, ini dah dapat diselesaikan. Kalau ada yang tak dapat terima, mereka ada saluran ke mahkamah. Rakyat yang terlibat secara langsung, faham. Yang jadi masalah ialah orang luar yang datang putar macam-macam cerita dan kata projek ini tidak perlu," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa hujah yang dibawa pembangkang tidak munasabah dan menjangkakan isu ini akan selesai juga di masa akan datang.

"Nanti dia cari lain pula. Projek Langat 2 dan lain-lain. Sudah ada senarai. Saya fikir dalam iPad (mereka) dah ada satu persatu. Sampailah pilihan raya, dia cari modal," katanya. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata hubungan parti-parti komponen pembangkang itu sendiri bercelaru dengan pelbagai isu yang tidak dijelaskan kepada masyarakat.

Katanya sebagai 'orang politik', kerajaan BN memahami apa yang cuba dilakukan pakatan pembangkang namun percaya bahawa rakyat lebih bijak untuk membuat penilaian masing-masing.

"Yang penting apa yang BN buat, baik Rapid atau Lynas ia mempunyai banyak kebaikan. Kerajaan bersikap bertanggungjawab. Kita libatkan, jumpa dan bincang. Nak tuduh itu dan ini adalah tak adil dan tak beretika. Tapi inilah cara pakatan pembangkang tarik perhatian masyarakat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pengerang yang memberi kerjasama baik dalam memastikan kelancaran projek Rapid. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan