Persoal Bilangan Menteri Wanita: Pembangkang Dibidas

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa anggota parlimen Barisan Nasional (BN) membidas wakil rakyat pembangkang pada Rabu kerana cuba membangkitkan isu gender dalam kerajaan, dengan menyifatkan mereka "cakap tidak serupa bikin".

Anggota Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) sewajarnya melihat dalam pakatan pembangkang sendiri yang dengan mudah menyingkirkan wakil rakyat wanita untuk memberi laluan kepada pemimpin lelaki.

"Kalau dulu Permatang Pauh diwakili oleh seorang wanita tetapi oleh kerana mengutamakan wakil rakyat lelaki, maka terpaksa beliau (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mengorbankan kawasan itu untuk suami beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Adakah ini adil untuk wanita? Ini mengurangkan bilangan kita sebagai wanita dalam Parlimen," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau merujuk kepada kenyataan Chong Eng pada Selasa semasa membahaskan rang undang-undang itu yang antara lain mempersoalkan tindakan lelaki (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) meneraju Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Chong Eng berkata, tindakan itu mengurangkan bilangan wanita dalam Kabinet dan juga Parlimen.

Nancy juga menegaskan kerjaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kerajaan berakhir disebabkan tindakan wakil rakyat wanita pembangkang sendiri yang mengaitkan isu 'lembu' dengan bekas menteri itu.

"Kenapa wanita sanggup menghukum seorang pemimpin wanita lain yang jelas tidak bersalah, macam-macam tuduhan terhadap beliau," katanya.

Nancy juga menegaskan tidak salah kementerian itu diteraju oleh Najib kerana selaku Perdana Menteri beliau dapat melihat secara dekat isu yang membelenggu golongan wanita, keluarga dan kanak-kanak di negara ini.

"Bagi saya, adalah prejudis apabila Yang Berhormat (Bukit Mertajam) tuduh Perdana Menteri sebagai bapa yang tidak pernah (dan) tidak perlu jaga anak. Saya rasa kenyataan itu tidak adil," katanya.

Hujah Nancy disokong Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang bangun mencelah. Abdul Rahman berkata, dalam isu kerusi Permatang Pauh, Parti Keadilan Rakyat mempunyai pilihan untuk menaikkan Anwar iaitu sama ada 'mengorbankan' wanita atau meminta Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim berundur kerana sudah menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok.

Khairy pula membangkitkan isu sumpah cerai isteri dengan talak tiga yang dikaitkan wakil rakyat PAS jika lompat parti.

"Kedudukan isteri digadaikan, dijual demi kepentingan politik. Apakah itu satu perjuangan yang angkat martabat wanita atau penghinaan?" katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan