Pasar Tani Akan Diadakan Di Kawasan Masjid

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(Fama) bercadang mengadakan pasar tani di kawasan masjid dengan menyasarkan 500 pasar dibuka dalam tempoh dua tahun ini.

Pengerusi Fama, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata langkah itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan bagi mencapai sasaran 25,000 usahawan tani dalam tempoh berkenaan.

"Kawasan masjid luas termasuk tempat parkir kereta. Jadi, seminggu sekali pada hari minggu atau Sabtu kita buka pasar tani yang disusun dengan elok. Berniaga di perkarangan masjid ini juga akan dapat mengimarahkan tempat ibadat.

"Berniaga di kawasan masjid lebih terjamin, jika di luar mungkin terpaksa berpindah jika ada pembangunan hendak dibuat oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 47 tahun Fama peringkat negeri Pulau Pinang, di sini, pada Khamis.

Badruddin berkata penubuhan pasar tani di perkarangan masjid boleh dibuat di seluruh negara di tempat-tempat yang berpotensi untuk aktiviti perniagaan dan jawatankuasa kariah masjid digalakkan membuat permohonan kepada Fama.

Beliau menyasarkan pada peringkat permulaan setiap negeri akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pasar tani di perkarangan masjid sebagai projek perintis.

"Di Pulau Pinang kita sudah dapat kelulusan jawatankuasa kariah masjid dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk mengadakan pasar tadi di kawasan Masjid Air Itam yang dijangka dibuka penghujung tahun ini, sementara negeri-negeri lain akan menyusul selepas ini," katanya.

Badruddin berkata Fama akan menyediakan garis panduan kepada para usahawan tani yang berniaga bagi memastikan keharmonian dan kebersihan kawasan masjid.

Beliau menasihatkan usahawan tani tidak menggunakan khidmat warga asing sebagai pembantu perniagaan mereka kerana tidak mahu pasar tani dimonopoli oleh orang lain. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan