Lupus Al-Quran Dengan Membakar, Nasihat Mufti Pahang

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman menasihatkan umat Islam di negara ini agar menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu.

Beliau berkata ini bagi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam.

Kaedah terbaik pelupusan ialah menerusi pembakaran dan usaha pelupusan melalui kaedah pembakaran ini sudah dimulakan sejak zaman Saidina Uthman lagi dan diteruskan sehingga kini, katanya kepada pemberita, di sini pada Khamis.

Beliau sebelum itu melaksanakan proses melupuskan abu al-Quran seberat tiga tan yang dibuang kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tajung Gelang dekat sini.

Abu terbabit dibawa ke lokasi pelupusan oleh kapal TLDM KD Pahang dan program itu merupakan yang pertama di negeri ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata proses pelupusan perlu dilakukan sebaik mungkin bagi menjaga kesucian al-Quran.

"Abu al-Quran yang dilupuskan hari ini membabitkan sejumlah teks serta kitab lama yang sudah rosak serta mempunyai kesilapan percetakan dan tidak boleh dibaca yang kemudian dikumpulkan dari seluruh negara oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Beliau berkata proses pembakaran dilakukan oleh pihak Percetakan Soufi di Cheras, Selangor.

Ditanya sama ada perlu diwujudkan satu tapak pembakaran khusus untuk al-Quran di negeri ini, beliau berkata perkara berkenaan boleh dipertimbang.

"Tidak dinafikan proses pelupusan ini memerlukan belanja yang besar namun sekiranya bersesuaian kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan satu di negeri ini.

"Namun sekiranya pihak Percetakan Soufi masih mampu menampung keperluan pelupusan, lebih elok serahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan