LHDN Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pengelak Cukai

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenalpasti mereka yang cuba melarikan diri daripada membayar cukai sebagai tumpuan utamanya pada tahun hadapan.

Menggambarkan ia sebagai satu langkah untuk 'menghantar satu mesej' kepada pembayar cukai, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahtar berkata mereka akan melancarkan siasatan jenayah terhadap mereka yang cuba mengelak daripada membayar cukai.

"Kami sememangnya mempunyai peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang, terhadap perbuatan jenayah enggan membayar cukai cuma kami belum menguatkuasakannya sebelum ini," katanya pada sidang media di Seminar Cukai Kebangsaan di sini, pada Rabu.

Sebelum ini LHDN hanya mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang enggan membayar cukai.

Perbuatan jenayah itu akan diambil berdasarkan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Bukti 1950 dan Akta Siasatan Jenayah

Menurutnya, LHDN telah mula menguatkuasakan peruntukan jenayah namun mereka akan lebih bersungguh-sungguh untuk menangkap pembayar cukai yang ingkar bermula tahun depan.

"Beban pembuktiaan ialah di pihak kami untuk membuktikan individu atau syarikat terbabit mempunyai niat untuk mengelakkan diri daripada membayar cukai mereka.

"Sudah tentu kami akan melihat rekod prestasi individu atau syarikat terlibat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap mereka," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan