Lebih 60 Ribu Kesalahan Lalu Lintas Dirakam AES Sejak 23 September

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

"Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini," katanya ketika menjawab soalan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaan AES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnya merakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

"Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akan dianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukan pengendali," katanya.

Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10 kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik dan visual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju serta melanggar lampu isyarat.

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, ia telah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakin berkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.

"Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imej diperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah, sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan