KSN Mahu Ketua Jabatan Dan Agensi Perkhidmatan Awam Pantau Perkhidmatan Pegawai

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ketua jabatan dan agensi perkhidmatan awam perlu turun padang untuk memantau sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan pegawai mereka kepada rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga dapat menyelami sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi pegawai-pegawai agar ia tidak menjejaskan tugas mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ketua-ketua jabatan perlu mengunjungi pejabat masing-masing dari peringkat kementerian sehingga ke akar umbi sebagai menunjukkan tanggungjawab mereka kepada pegawai untuk menegur yang mana perkhidmatan mereka (pegawai) berikan perlu diperbaiki.

"Mereka juga (ketua) perlu mengucapkan tahniah kepada pegawai yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti yang kita tahu terdapat agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan awam bertaraf dunia," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPAM) di sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi SPAM Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak Datuk Kamarudzaman Mahmud.

Katanya, aktiviti turun padang ini selaras dengan konsep yang ditonjolkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa menjalankan sesi bertemu rakyat dan patut dicontohi oleh ketua jabatan dan agensi perkhidmatan awam.

"Sebagai penjawat awam kita bukan setakat makan gaji tetapi cuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan menjalankan tugas yang baik seolah-olah kita buat sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri," katanya.

Selain itu, katanya perkhidmatan awam juga perlu melaksanakan transformasi minda, memantapkan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan rakyat kepada semua pelanggan yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Pelanggan sudah pasti mempunyai pelbagai kerenah...layanlah pelanggan masing-masing dengan sebaiknya dengan memastikan perkhidmatan yang disediakan sentiasa disenangi dan memuaskan hati pelanggan," katanya.

Mengenai persidangan selama empat hari itu bermula 1 Okt lepas, beliau berkata dalam membincangkan dan mengkaji mana-mana dasar atau peraturan yang sudah lapuk atau tidak sesuai lagi untuk digantikan atau ditambah baik, anggota SPAM perlu membuat penilaian berdasarkan justifikasi, berimpak tinggi, mempunyai nilai untuk wang serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan