Kerajaan Berikrar Pastikan Permintaan Domestik Kukuh Untuk Kekal Pertumbuhan Ekonomi - PM

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Belanjawan 2013 menyasarkan untuk memastikan bahawa permintaan domestik cukup kukuh bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan belanjawan pengembangan yang sederhana dan berhemah dengan insentif untuk merangsang pelaburan domestik dan asing.

"Kita mempunyai dana memudahkan yang khusus bagi pelaburan domestik, seperti jika anda mempunyai satu projek yang agak berdaya maju, kerajaan boleh membantu memberikan peruntukan disebabkan kos yang lebih tinggi," katanya pada program #Tanya Najib: Belanjawan 2013 secara langsung dari Astro Awani di sini malam Rabu.

Najib berkata, kerajaan mahu mengekang hutang negara pada paras tidak lebih daripada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Kini, keadaannya terkawal dan jika ekonomi mahu berkembang lebih daripada 5.0 peratus setahun, hutang negara tidak akan melebihi 5.0 peratus," katanya.

Mengenai sebab kerajaan mengurangkan cukai pendapatan tetapi mengekalkan kadar cukai korporat, katanya: "Jika anda menaikkan cukai korporat, kita akan menjadi kurang kompetitif di rantau ini dan syarikat-syarikat akan mendapat keuntungan yang kecil atau pendapatan bagi melabur semula dan menjadikan sektor itu kurang dinamik dan kurang berkesan."

Katanya, hasrat kerajaan bagi tempoh jangka pendek dan sederhana bukan disasarkan untuk mengurangkan cukai korporat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberi insentif kepada usahawan persendirian untuk melabur di dalam syarikat yang baharu bermula, Najib berkata: "Belanjawan itu telah menanganinya melalui para pelabur budiman bagi menggalakkan mereka melabur di dalam syarikat-syarikat permulaan." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan