Jemaah Malaysia Nikmati Sajian Makanan Ikut Piawaian Tertinggi

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Anak syarikat Tabung Haji, TH Global Services, memberi jaminan bahawa makanan yang disediakan untuk jemaah haji Malaysia di Tanah Suci adalah bersih dan mengikut piawaian tertinggi kerajaan Arab Saudi,meskipun kebanyakan bahan mentahnya diimport.

Ketua Pegawai Operasi TH Global Services, Adly Mohamed berkata jemaah haji tidak perlu bimbang kerana penyediaan makanan di sembilan dapurnya iaitu lima di Makkah, tiga di Madinah dan satu Jeddah, adalah mengikuti piawaian ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

"Tahap kebersihan dan kesegaran dapur-dapur dan bahan mentah kita akan diperiksa pada setiap masa oleh pegawai kesihatan dari Malaysia dan Arab Saudi, menu makanan disediakan oleh pakar makanan dari Malaysia," katanya kepada media yang meninjau 'rumah masak' atau dapur TH Global Services di Wadi Naseem.

Dapur tersebut yang berada dalam sebuah bangunan dua tingkat terletak kira-kira 11 kilometer dari ibu pejabat Tabung Haji.

Adly, yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan penyajian makanan di hotel-hotel antarabangsa berkata, terdapat bahan mentah yang perlu dibawa dari Malaysia seperti lengkuas dan beberapa jenis rempah.

Setiap hari dapur tersebut yang dilengkapi dengan teknologi Eropah akan menyediakan makanan tengahari dan malam untuk kira-kira 5,000 orang.

"Dalam sehari, kita akan masak sebanyak 15 guni beras panjang dari Thailand untuk jemaah haji kita. Kita juga perlu memastikan para pekerja di sini memasak nasi dan lauk pauk mengikut resipi Malaysia," katanya.

Seramai 41 tukang masak termasuk penyelia didatangkan khas dari Malaysia dan kesemua mereka telah melalui proses temu duga dan ujian yang ketat, katanya.

Beliau juga tidak menafikan bahawa jemaah haji Malaysia sangat cerewet dalam soal makanan berbanding jemaah negara lain yang terpaksa menikmati makanan ala kadar sahaja.

"Ada jemaah dari negara jiran hanya makan nasi, kicap dan ikan goreng.

Mereka ini kadang-kadang mencuri masuk ke khemah jemaah haji Malaysia untuk menikmati makanan kita. Itu pun, masih ramai jemaah kita yang masih tidak berpuas hati dengan rasa makanan yang kita hidangkan," katanya.

Katanya bagi menampung selera berbeza jemaah, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan restoran atau kantin berbayar yang akan memasak makanan mengikut cita rasa jemaah.

Setiap juadah makanan yang disediakan TH Global ditanggung Tabung Haji dengan kos antara 9 riyal hingga 10 riyal (1 Saudi riyal bersamaan RM0.8143) termasuk kos pembungkusan dan pengangkutan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan