Jaga Nama Baik Dan Imej Malaysia Di Jepun, Titah Seri Paduka

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Jepun supaya sentiasa menjaga nama baik dan imej Malaysia dalam apa jua perkara yang dilakukan sepanjang berada di negara itu.

Seri Paduka turut meminta mereka supaya sentiasa menghormati adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan.

Baginda menyatakan rasa bangga dengan kebolehan mereka -- iaitu 5,120 rakyat Malaysia yang bermastautin di Jepun terdiri daripada kalangan yang mempunyai kepakaran bernilai, pengusaha syarikat, pekerja sektor kerajaan dan swasta serta pelajar -- dalam membantu menaikkan imej Malaysia di mata dunia.

"Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga seluruh rakyat Malaysia yang bermastautin di negara ini akan sentiasa dilimpahi dengan keberkatan rezeki, beroleh kejayaan dan kesejahteraan serta dijauhi daripada sebarang matapetaka," titah Tuanku Abdul Halim.

Seri Paduka bertitah demikian pada majlis santapan malam bersama rakyat Malaysia di Jepun, yang berlangsung di Hotel Imperial di sini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis santapan berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Jepun yang memberi peluang kepada rakyat dan syarikat Malaysia untuk sama-sama menyumbang dalam kemajuan ekonomi di Jepun.

"Beta berasa bangga apabila difahamkan syarikat Malaysia seperti Petronas, MISC, PNB, MAS. AirAsia X, YTL. Berjaya Corporation dan Dewina Holdings Sdn Bhd telah menyahut cabaran untuk bersaing di peringkat antarangsa selaras dengan tuntutan globalisasi," titah baginda.

Seri Paduka yang tiba di Tokyo pada Isnin, bertitah baginda amat sukacita kerana berpeluang mengadakan lawatan negara ke Jepun, iaitu lawatan negara kedua baginda ke luar negara sejak ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lepas.

"Bagi Beta, lawatan ini sesungguhnya sangat istimewa kerana ia membuktikan hubungan yang sangat akrab antara Malaysia dan Jepun dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.

"Beta amat berbangga kerana persahabatan antara kedua-dua buah negara ini berada pada tahap yang sangat baik dengan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah baginda percaya lawatan negara Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong akan meningkatkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Jepun. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan