Genneva Malaysia Sdn Bhd Disenaraikan Dalam Laman Web BNM Sebagai Tidak Diberi Kebenaran Atau Kelulusan

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Genneva Malaysia Sdn Bhd telah disenaraikan di kalangan 87 syarikat dan laman web yang telah dikenalpasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Amaran kepada para pengguna yang dikeluarkan oleh BNM dalam laman web rasminya itu adalah bertarikh pada 13 Julai lalu.

Dalam amarannya itu lagi BNM mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim yang tidak mendapat lesen atau kebenaran daripada pihak berkuasa.

BNM menyenaraikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim seperti ini sepertimana berikut:

> Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan; > Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.

> Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.

> Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.

> Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.

> Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi.

> Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.

> Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

Baru-baru ini pihak polis, BNM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna telah menyerbu ke pejabat urusan Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kementerian berkenaan, Mohd Roslan Mahayudin, selain BNM yang bertindak sebagai agensi peneraju dalam operasi itu, pihaknya sendiri telah menerima aduan daripada orang ramai sejak empat bulan yang lalu berhubung kehilangan wang pelaburan mereka.

Syarikat itu berurus niaga emas dengan orang ramai.

Beliau menambah, serbuan yang dilakukan ke atas pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd itu adalah untuk menyiasat mengenai aduan skim cepat kaya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan