Adibah Amin Tokoh Terjemahan Negara 2012

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalidah Adibah Amin bersama Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012 yang diterimanya daripada Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis penyampaian Anugerah Terjemahan Negara 2012 di Putrajaya, Rabu. Foto BERNAMA
Khalidah Adibah Amin bersama Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012 yang diterimanya daripada Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis penyampaian Anugerah Terjemahan Negara 2012 di Putrajaya, Rabu. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas wartawan Khalidah Adibah Amin atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin pada Rabu diumumkan penerima Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012.

Adibah, 76, anak kelahiran Johor itu dipilih berdasarkan sumbangannya membangunkan psikologi pemikiran bangsa menerusi medium terjemahan.

"Saya amat terharu dan berterima kasih... semoga anugerah seperti itu dapat diteruskan untuk mengiktiraf usaha para penterjemah," katanya ketika ditemui pemberita di sini Rabu.

Beliau menerima wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adibah, bekas guru, pernah menterjemah buku hasil nurkilan dua Sasterawan Negara iaitu Shahnon Ahmad menerusi 'Ranjau Sepanjang Jalan' pada 1972 dan Keris Mas menerusi buku 'Rimba Harapan' pada tahun 2000.

Menyifatkan usaha menterjemah buku Ranjau Sepanjang Jalan sebagai paling sukar dilakukan, beliau lantas mendedikasikan anugerah tersebut kepada penulis buku berkenaan.

"Golongan muda perlu berani terbabit dalam bidang terjemahan untuk memastikan lebih banyak karya terjemahan berkualiti dapat dihasilkan," katanya yang kelihatan uzur namun tetap menyimpan hasrat menghasilkan lebih banyak karya terjemahan.

Selain aktif dalam bidang penterjemahan, Adibah seorang pencinta Bahasa Melayu pernah menghasilkan novel dan buku bacaan umum antaranya buku 'Seroja Masih Di Kolam' pada tahun 1968 diikuti dengan 'Tempat Jatuh Lagi Dikenang' (1985), 'As I Was Passing 1' (2006) dan 'As I Was Passing 2' (2007). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan