28 Taska Permata Kemas Akan Dibuka 2013

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Sebanyak 28 lagi taska Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara menjelang 2013, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pembukaan taska Permata Kemas itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak luar bandar serta daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti program pendidikan awal.

"Pencapaian ini adalah selaras dengan matlamat penubuhan Permata iaitu memberi peluang kepada semua kanak-kanak mengikuti program pendidikan awal yang berkualiti selari dengan prinsipnya 'no child is left behind' (tiada kanak-kanak yang diabaikan)," katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska Permata Kemas di sini, Khamis.

Rosmah, yang juga Penaung Permata Negara berkata sehingga kini terdapat 665 pusat asuhan di seluruh Malaysia dan 345 daripadanya merupakan Taska Permata Kemas.

"Daripada jumlah itu pula, seramai 22,423 anak-anak telah mendapat manfaat daripadanya," katanya.

Rosmah turut menyifatkan peruntukan sebanyak RM532 juta untuk Kemas pada Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini juga membolehkan jabatan itu menyediakan taska baru yang lebih berkualiti.

Beliau berkata peruntukan itu juga membolehkan kanak-kanak mendapat penjagaan yang sempurna di samping membantu melengkapkan lagi program perkembangan minda kanak-kanak melalui pembelajaran di taska yang sedia ada.

"Peruntukkan yang besar saban tahun ini jelas membuktikan bahawa pihak kerajaan sebenarnya mengiktiraf pendidikan prasekolah sebagai satu komponen yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia," katanya.

Selain itu, Rosmah berkata pendidikan awal yang diberi kepada kanak-kanak di bawah program Permata juga menunjukkan maklum balas yang positif apabila mereka menunjukkan keyakinan diri yang tinggi berbanding rakan sebaya lain.

Beliau berkata faktor itu membuktikan proses pembelajaran yang menekankan kepada pembinaan hubungan mesra dan kasih sayang antara pendidik dan kanak-kanak menjadikan mereka lebih yakin diri.

"Konsep belajar melalui bermain, bebas, meneroka dan bereksperimen yang diketengahkan juga akhirnya melahirkan kanak-kanak yang riang dan mempunyai emosi yang positif," kata Rosmah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan