Siasatan Isu Pendatang Asing Sabah Bermula

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat yang dilantik Suruhanjaya Siasatan bagi menangani isu berkaitan pendatang asing di Sabah, memulakan siasatan mereka semalam.

Perkara itu disahkan Setiausaha Suruhanjaya tersebut Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata ini berikutan pentauliahan anggota suruhanjaya oleh Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa 21 Sept lepas.

"Pendakwa Raya telah melantik pegawai penyiasat mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat apa-apa perkara berkaitan terma rujukan suruhanjaya itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terma rujukan suruhanjaya itu, antara lain, bermatlamat menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberi kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Suruhanjaya itu juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah, yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang, telah didaftarkan dalam daftar pemilih.

Ia diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan siasatan, bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya, iaitu pada 21 Sept lepas.

Laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan