Pro-Mahasiawa Kuasai UIAM

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 apabila calon kumpulan itu memenangi 26 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara baki lima lagi kerusi yang dipertandingkan dimenangi calon antarabangsa.

Proses pengundian semula yang berlangsung pada Selasa hanya membabitkan 29 kerusi iaitu 18 bagi kampus induk UIAM di Gombak manakala 11 kerusi lagi di kampus Kuantan.

Dua lagi kerusi sebelum ini diumumkan menang tanpa bertanding iaitu calon daripada Kuliaah Perubatan bagi kampus Kuantan.

Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman berkata, proses pengundian semula yang diadakan secara manual bagi kedua-dua kampus berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun katanya, peratusan keluar mengundi yang direkodkan merosot iaitu hanya 69 peratus berbanding pengundian kali pertama pada 25 September lepas iaitu 75 peratus.

"Walaupun prosesnya berjalan dengan baik, tapi peratus keluar mengundi sedikit merosot berbanding sebelum ini.

"Pihak universiti harapkan barisan kepimpinan baru MPP ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya terutamanya berkaitan kebajikan pelajar sendiri," katanya kepada mStar Online.

UIAM sebelum ini terpaksa membatalkan keputusan PRK universiti itu dan mengadakan proses undian semula apabila sistem e-pengundian yang digunakan sebelum ini menghadapi masalah teknikal.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan