Peraturan Larang Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit Di Sekolah Masih Kekal

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.

"KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa dan murid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini, Rabu.

Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.

Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.

Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan