Pelabur Emas Skim Geneva Masih Terkejut

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Agen dan pelanggan Syarikat Geneva menyerbu ibu pejabat firma itu di Kuala Lumpur selepas mendapat berita syarikat berkenaan diserbu pihak berkuasa
Agen dan pelanggan Syarikat Geneva menyerbu ibu pejabat firma itu di Kuala Lumpur selepas mendapat berita syarikat berkenaan diserbu pihak berkuasa

PETALING JAYA: Pelabur emas yang menggunakan Skim Geneva Malaysia masih terkejut selepas sehari syarikat tersebut diserbu.

Oleh kerana ramai pelabur dan pengguna yang keliru serta ingin tahu berhubung skop penyiasatan yang dijalankan mereka berpusu-pusu pergi ke ibu pejabat syarikat tersebut yang terletak di Jalan Kuchai Maju, 6, di sini dan cawangan di Pulau Pinang memohon penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM), Lee Poh Fong berkata satu kenyataan akan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Tidak salah menjalankan pelaburan emas namun kita mahu pelabur berhati-hati dengan pihak yang menjanjikan pulangan yang lumayan," katanya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan pada 5 September lalu.

Menurut Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeggunaan (KPDNKK), salah satu daripada empat agensi kerajaan terlibat dalam menyerbu firma berkenaan, dan tindakan tersebut diambil ekoran banyak rungutan yang diterima daripada pelabur.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Roslan Mahayudin berkata selain daripada Bank Negara, yang bertindak mengetuai operasi dalam penyiasatan kes tersebut, pihak kementerian telah menerima laporan sejak empat bulan lalu apabila orang ramai memaklumkan mereka mengalami kerugiaan selepas menyertai skim pelaburan emas berkenaan. "Keputusan untuk menyerbu Geneva dijalankan oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh BNM bagi menyiasat skim cepat kaya tersebut," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Jabatan Komersil Singapura, turut memaklumkan pejabat Geneva Pte Ltd di Orchard Tower di bandar raya itu turut diserbu pada Isnin.

Geneva turut membekukan semua transaksi ekoran penyiasatan yang dijalankan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, firma tersebut meminta agen dan pelanggan mereka bersabar sehingga isu tersebut diselesaikan bersama pihak berkuasa.

Di George Town, seorang pegawai kanan syarikat terbabit mendakwa Genneva tidak melanggar undang-undang.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan, berkata firma tersebut telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada awal tahun ini bagi meminta garis panduan berhubung pelaburan emas dan pendirian mereka berhubung perniagaan tersebut.

Beliau berkata kementerian telah memaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan untuk mendapat pendapat dan cadangan Genneva mengenai pelaburan emas.

"Sehingga kini, tidak ada maklum balas bila mesyuarat itu akan diadakan. Kami berterima kasih dengan pengguna yang menyokong kami. Kami sememangnya sebuah syarikat yang menjalankan pelaburan emas. Kami akan bekerja keras untuk memasyikan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Kami menggesa perunding dan pelanggan kami bersabar untuk sementara waktu," tambah jurucakap terbabit.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan