PAS Kesal Kenyataan Azmin & Shuhaimi

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Memetik laporan Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily pada Rabu.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

Akhbar Sinar Harian pada Rabu melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.

Menurut laporan itu, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan