Malaysia Sedar Keperluan Bekerjasama Dengan Komuniti Antarabangsa Perangi Rasuah - PM

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengiktiraf kepentingan untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam meneruskan usaha memerangi rasuah dalam negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan usaha memerangi rasuah merupakan satu bahagian penting dalam pelan besar kerajaan untuk mentransformasikan kerajaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia telah menetapkan pembanterasan rasuah sebagai satu daripada keutamaannya, dengan memasukkan "Membanteras Rasuah "sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan," katanya.

Najib berkata demikian dalam kata-kata aluan sempena Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa AntiRasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 yang akan diadakan di sini mulai 4 hingga 7 Oktober.

Dengan bertemakan 'UNCAC Bab VI: Bantuan Teknikal dan Pertukaran Maklumat', forum yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu akan disertai lebih 1,000 pegawai pencegahan rasuah dari lebih 100 negara yang akan memberi perhatian terhadap pertukaran maklumat dan bantuan teknikal.

Najib berkata rasuah adalah satu ancaman kepada keselamatan nasional - menjejaskan bukan sahaja kesejahteraan kewangan negara tetapi juga usaha pembangunan sosio-ekonomi dan, yang paling penting, struktur moral sesebuah negara dalam jangka masa yang lebih panjang.

"Rasuah sememangnya satu ancamana serius yang kita sentiasa berusaha memeranginya sejak sekian lama. Walaupun pada hakikatnya ia dikutuk orang ramai, satu jenayah yang dilarang undang-undang, namun ia masih berleluasa di banyak negara," katanya.

Najib berkata persidangan ini akan menyediakan satu platform yang penting bagi para peserta daripada agensi antirasuah penguatkuasaan undang-undang yang berbeza, pakar-pakar dan ahli akademik daripada pertubuhan antirasuah antarabangsa untuk membincangkan isu-isu penting yang berkaitan seperti latihan dan bantuan teknikal, koleksi, pertukaran dan analisis maklumat mengenai rasuah.

Beliau berkata melalui persidangan ini adalah diharapkan agar Malaysia akan mempunyai peluang bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman tetapi juga untuk belajar daripada orang lain dalam usaha untuk memenuhi matlamat negara.

Persidangan terbesar di kalangan agensi antirasuah dari seluruh dunia itu akan meliputi lima bidang utama bengkel, yang khusus kepada usaha antirasuah iaitu, Pencegahan, Membina Keupayaan, Operasi, Penyiasatan dan Rangka Kerja Perundangan.

Antara mereka yang akan berucap pada persidangan itu ialah Presiden European Partners Against Corruption (EPAC) Martin Kreutner dari Austria, Ketua Pengarah Pejabat Antipenipuan Eropah (OLAF) Giovanni Kessler, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan beberapa pegawai dari organisasi polis antarabangsa, Interpol. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan