Majlis Peguam Dipersoal Tidak Bela Polis

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 penyokong tujuh badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan membela Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden dua anggota pasukan keselamatan itu cedera ditembak sekumpulan lelaki di Kuchai Lama Rabu lepas.

NGO itu ialah Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Pertubuhan Waris Malaya, 4Justice dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Mursyidul Am Kelab TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip berkata polis berperanan penting dalam menjaga keamanan negara, namun sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan itu.

"Majis Peguam gagal menyumbang ke arah keamanan dan kesejahteraan negara, dan badan ini sentiasa mencari salah dan mempertikai setiap tindak-tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan dan keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum kepada wakil Majlis Peguam di sini, Selas.

Beliau berkata Majlis Peguam tidak seharusnya bersikap 'double standard' dengan hanya mempersoal kewibawaan pasukan keselamatan, terutama polis, tetapi tidak langsung menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, Koperal R.Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut manakala Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher akibat tembakan, yang dipercayai dilepaskan tiga suspek di persimpangan Jalan Kuchai Lama. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan