Loji Janakuasa Nuklear Belum Muktamad - PM

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pelaksanaan projek pembinaan loji janakuasa nuklear ataupun lokasi tapaknya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Beliau berkata aktiviti yang sedang dilaksanakan hanya tertumpu kepada kajian-kajian terperinci untuk mengenal pasti pelbagai keperluan dan persediaan awal negara, sekiranya sesuatu projek pembinaan loji janakuasa nuklear dilaksanakan.

"Kajian-kajian terperinci ini dilaksanakan adalah untuk memastikan bahawa semua aspek persediaan telah diambil kira secara terperinci dan komprehensif lebih awal, sekiranya penjanaan kuasa nuklear diperlukan bagi memenuhi permintaan tenaga negara pada masa hadapan," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat tentang kedudukan Projek Pembinaan Loji Tenaga Nuklear.

Sim juga ingin tahu apakah peringkat kesediaan untuk projek itu dan berapa buah Loji Tenaga Nuklear akan dibina dan lokasi yang dicadangkan.

Mengulas mengenai status siri kajian mengenai tenaga nuklear, Najib berkata kajian menyeluruh tentang kesediaan perundangan dan kawalseliaan nuklear sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada awal tahun 2013.

Katanya kajian kemungkinan yang lengkap termasuk penyediaan Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa Nuklear dan kajian pemilihan tapak loji janakuasa nuklear masih dalam peringkat persediaan untuk dilaksanakan.

Najib berkata program penyebaran maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear untuk kesemua pihak berkepentingan termasuk tinjauan pendapat umum yang komprehensif mengenainya, belum dimulakan.

Katanya kajian untuk mengenal pasti atau menubuhkan suatu entiti tujuan khas, bagi memiliki dan mengendalikan loji janakuasa nuklear sedang diteliti secara amnya.

"Untuk kajian terperinci bagi mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan loji janakuasa nuklear, kriteria pemilihan yang telah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan diguna pakai.

"Perundangan dan peraturan negara juga akan dipatuhi, termasuk dari segi Penilaian Impak Alam Sekitar, Penilaian Impak Radiologi, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Kesihatan," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata sehingga kini, hanya kajian pemilihan tapak yang berdasarkan pelbagai peta digital bagi Semenanjung sahaja telah dijalankan, tanpa sebarang kerja lapangan, dilaksanakan hingga kini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan