Kerajaan Belum Sedia Hantar Angkasawan Ke Bulan

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bersedia memberikan komitmen untuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama menjejakkan kaki ke bulan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadilah Yusoff berkata ini kerana misi penghantaran angkasawan ke bulan akan melibatkan kos yang tinggi. "Kita juga perlu mengambil kira kekangan faktor teknikal dan tawaran dari kesatuan negara-negara pelancar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam), di sini, Rabu.

Abd Rahman ingin tahu adakah kementerian bercadang meneruskan inisiatif menghantar angkasawan ke angkasa lepas dan komitmen untuk merealisasikan hasrat melahirkan angkasawan Malaysia pertama menjejakkan kaki di bulan.

Fadilah berkata tumpuan dan keutamaan kini ialah menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), untuk tujuan menjalankan kajian saintifik.

"Kerajaan pada dasarnya, telah bersetuju meneruskan program angkasawan itu dan memberi keutamaan kepada misi penghantaran angkasawan ke ISS tetapi ia juga bergantung kepada tahap ekonomi negara dan kos berkait yang lain.

"Sungguhpun, buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk merealisasikan hasrat ke bulan, Program Angkasawan Negara masih diteruskan kerana pencapaian program itu merupakan sesuatu yang amat membanggakan negara," katanya.

Katanya, kerjasama kerajaan dengan negara maju dalam program angkasawan membuahkan hasil dan manfaat yang diharapkan.

Menurut beliau program tersebut berjaya membangunkan bidang sains angkasa negara dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bidang tersebut, terutamanya generasi muda.

Program Angkawasan Negara, bermula pada 2006 dan penghantaran angkasawan pertama negara dilaksanakan pada 2007 yang tercetus hasil rundingan perjanjian timbal balas antara Malaysia dan Rusia berikutan pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi untuk kegunaan Tentera Diraja Udara Diraja Malaysia.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha merupakan angkasawan Malaysia yang pertama dihantar ke angkasa lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan