Fenomena Halo Matahari Berjaya Dirakamkan

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar yang diambil di Petaling Jaya ini menunjukkan dengan jelas fenomena Halo Matahari
Gambar yang diambil di Petaling Jaya ini menunjukkan dengan jelas fenomena Halo Matahari

PETALING JAYA: Dua fenomena 'Halo Matahari' atau 'Cincin Matahari' dapat disaksikan dengan jelas di Lembah Klang dan Johor, lebih istimewa apabila orang ramai turut berjaya merakamkan momen istimewa itu.

Situasi ganjil itu berlaku apabila 'bulatan halo' mengelilingi matahari kejadian itu mula disedari apabila orang ramai berjaya merakamkan fenomena itu menggunakan telefon bimbit mereka pada pukul 12.30 tengah hari Selasa.

Agensi Angkasa Lepas Negara (Angkasa), bagaimanapun memberi jaminan bahawa fenomena semulajadi dan tidak perlu dibimbangkan.

Pelangi yang mengelilingi matahari memberikan kesan semulajadi apabila cahanya berinteraksi dengan jaluran kristal ais yang terdapat dalam awan sirus di lapisan atas troposfera.

Kristal berkenaan bertindak umpama prima, memberikan kesan refleks kepada matahari untuk menyebarkan cahaya pelangi yang berwarna-warni di sekeliling matahari.

Bagaimanapun, Angkasa menasihatkan orang ramai tidak melihat secara terus ke arah matahari tanpa melindungi mata mereka.

Di Muar, penduduk terpegun melihat objek berwarna merah berhampiran dengan matahari pada tengah hari Selasa.

Mereka menyangkakan ia adalah objek terbang atau UFO.

Ketua Polis Marin Muar, Asisten Supritendan Nordin Osman berkata pegawainya berjaya merakamkan imej tersebut menggunakan telefon bimbit.

"Objek itu kelihatan statik dan tidak bergerak. Ia kelihatan seperti orbit yang mempunyai planet mengelilinginya," katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Muhamad Sharin berkata dia menyangka objek tersebut adalah sebuah planet lain.

"Mereka sangat teruja ketika melihat fenomena tersebut," katanya. Muhamad Sharin menambah kejadian ganjil itu berlaku mungkin disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas pada Selasa.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan