Empat Bank Komersil Tempatan Setuju Tawar Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat bank komersil terbesar tempatan bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk memberi skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa bank dan keputusan konkrit bank-bank yang terlibat akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.

"Bila kita melakukan penyumberan luar kepada bank, kita tidak perlu lagi meminjam RM6 bilion setahun yang kita peruntukkan untuk memberi pinjaman perumahan kepada kakitangan awam.

"Tetapi, kita hanya menampung perbezaan kos faedah dan kakitangan awam masih membayar 4.0 peratus. "Dari segi pinjaman, kita tidak akan menyusahkan kakitangan awam, sebaliknya kita akan tambah baik lagi proses peminjaman dan sebagainya," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan Helo Malaysia.

Irwan berkata bank-bank tempatan turut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk bekerja sama dengan mereka kerana ini merupakan peluang perniagaan buat mereka. "Bank amat menyokong kerana ini merupakan perniagaan bagi bank. Walau pun penjawat awam hanya membayar 4.0 peratus, sebarang lebihan akan ditanggung oleh kerajaan." "Kita belum tentukan berapa banyak bank yang terlibat, tetapi, buat masa ini empat bank telah bersetuju dan kita akan tawarkan kepada bank-bank lain untuk menyertai skim ini," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan akan bersetuju dengan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar bonus kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini, dikecualikan daripada cukai pendapatan, Irwan berkata kerajaan akan menimbangkan permintaan tersebut.

"Kalau kita layan sektor kerajaan, sektor swasta pun kita perlu layan. Jadi ini membebankan kerajaan dan kita perlu mengkaji supaya permintaan ini tidak membebankan kewangan kerajaan," katanya.

Irwan berkata kerajaan telah memperuntukkan RM6.6 bilion untuk membayar bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan