PR Dakwa Kerajaan Laksana GST 2014

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendakwa kerajaan akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2014.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa kerajaan tidak ikhlas dalam pelaksanaan GST, dengan mengaburkan pelaksanaan ini dalam Bajet 2013 yang baru dibentang minggu lalu.

"Menteri Kewangan jelas ingin meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan persekutuan mampu untuk meneruskan pentadbiran yang dipenuhi ketirisan tanpa melakukan islah dan reformasi yang menyeluruh ke atas struktur ekonomi.

"Pada masa yang sama, beliau juga sedar dengan pelaksanaan satu cukai penggunaan baru dan menyeluruh ke atas rakyat yang tidak mampu menanggungnya adalah satu langkah yang penuh liku.

"Perenggan 80-8 dalam Ucapan Bajet 2013 mengandungi kod-kod yang berkata kepada sektor kewangan bahawa pelaksanaan GST amat hampir," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen pada Selasa.

Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mendakwa, pemotongan 1 peratus cukai adalah berkaitan dengan pelaksanaan GST, yang secara asasnya bermaksud penjimatan yang dinikmati dari pemotongan ini akan akhirnya dibayar balik melalui GST.

"Ini jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Kabinet. April lalu, apabila ditanya di Parlimen mengenai kaitan antara GST dan TUKAR (Program Transformasi Kedai Runcit) Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tian Lian Hoe telah mengatakan bahawa "TUKAR tiada kaitan dengan GST."

"Laman web Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa objektif TUKAR, sebagai salah satu EPP yang bertujuan memodenkan kedai runcit di bawah NKEA," katanya.

Beliau berkata Pakatan Rakyat menentang pelaksanaan GST hinggalah reformasi ke atas sistem yang dipenuhi rasuah dan budaya kronisme.

"Kerajaan tiada hak moral untuk melaksanakan apa-apa sistem cukai baru samada GST mahupun apa sahaja.

"Kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti perlu mengambil langkah agar tidak menzalimi golongan menengah dan golognan miskin, tetapi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna demi memastikan kualiti hidup ditingkatkan," katanya.

Jelasnya, ini bagi memastikan golongan ini mempunyai lebih banyak wang agar boleh membantu memacu ekonomi dalam negeri.

"Jika mereka dicukai, maka pendapatan boleh guna mereka berkurangan.

"Kerajaan perlu ingat bahawa 60 peratus isi rumah mempunyai pendapatan bulanan kurang RM3,000, yang membolehkan mereka menyertai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Dengan pelaksanaan GST, kumpulan ini terpaksa membayar cukai yang lebih dari apa yang mereka dapat dari BR1M," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tanggapan bahawa beberapa ratus jenis barangan yang dinikmati golongan miskin tidak dikenakan GST tidak benar kerana pelaksanaan BR1M membuktikan golongan menengah dan miskin merupakan 60 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini.

"Jumlah ini adalah terlalu besar untuk dikecualikan dari GST. Kerajaan wajib ikhlas dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat mengenai dasar-dasar ekonomi, lebih-lebih lagi apabila berkaitan isu cukai.

"Kerajaan patut mengangkat isu GST dan membawanya dalam PRU yang akan datang dan tanyakan sendiri kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan memilih sebuah Malaysia dengan GST, ataupun yang disarankan Pakatan Rakyat: sebuah Malaysia yang bersih tanpa GST," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan