Pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Mengejutkan

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman telah ditukarkan dalam satu keputusan yang mengejutkan penduduk dan ahli majis perbandaran.

Sepucuk surat Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 27 September yang diterima oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata bahawa Mohamad Roslan telah ditukarkan ke jawatan Timbalan Setiausaha Negeri (Pembangunan) berkuatkuasa pada 1 Oktober.

Difahamkan bahawa Datuk Noordin Sulaiman, yang merupakan Timbalan Setiausaha Negeri (Pembangunan) akan menggantikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman yang akan bertukar ke Putrajaya.

Ahli majis MBPJ berkata, mereka akan membantah langkah untuk menggantikan datuk bandar yang popular itu.

Ahli majis perbandaran, Derek Fernandez berkata, arahan JPA untuk memindahkan Mohamad itu di luar kuasa Akta Kerajaan Tempatan 1976, apabila pelantikan datuk bandar adalah kuasa berkanun yang merupakan hak eksklusif dengan pihak berkuasa negeri.

Mohamad Roslan, ketika dihubungi berkata, beliau akur dengan arahan JPA, dan ini hanya peralihan dalam struktur pentadbiran negeri.

“Ahli-ahli majlis bimbang kerana kami melakukan beberapa program perbandaran, tetapi ia kini dalam bahaya,” kata beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan