Kerajaan Setuju Satu Badan Kutip Royalti Industri Seni

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi kuasa kepada satu sahaja badan pengutip royalti penggiat seni berbanding tiga badan sekarang bagi memastikan pengagihannya dilakukan dengan lebih telus dan teratur.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata persetujuan itu dicapai dalam dialog tahunan bersama pihak industri seni dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 27 Sept lepas agar tiada lagi timbul aduan membabitkan soal royalti.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu bila langkah tersebut akan dilaksanakan.

Kutipan royalti dari tiga badan pengutip adalah sebanyak RM85.4 juta untuk tahun lalu, RM70 juta (2010), RM65.79 juta (2009), RM57.44 juta (2008), RM48.5 juta (2007), RM41.77 juta (2006), RM39.78 (2005) dan RM34.81 (2004), katanya ketika menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai kaedah kutipan dan jumlah royalti artis, di Dewan Rakyat, Selasa.

Katanya kerajaan tidak tahu jumlah yang telah diagihkan kepada penggiat seni kerana tiada badan induk yang khusus sebelum ini bagi menjaga kepentingan industri.

Sementara itu, beliau berkata mulai 1 Jun lepas, kerajaan telah mewajibkan badan pelesenan yang ingin membuat kutipan royalti untuk mendapatkan perisytiharan di MyIPO di bawah kawalan dan seliaan Pengawal Hak Cipta.

Katanya, semua badan pelesenan yang diisytiharkan oleh Pengawal Hak Cipta perlu menyatakan secara jelas kaedah dan pengagihan kutipan yang dibuat serta kadar atau tarif yang dikenakan bagi setiap karya hak cipta yang dipertanggungjawabkan.

Menjawab soalan asal Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Tan berkata badan pelesenan dikehendaki untuk mengemukakan Laporan Tahunan setiap tahun kepada Pengawal Hak Cipta bagi memboleh pihak kerajaan menyemak serta memantau status ketelusan serta keupayaan mereka sebagai badan pelesenan.

"Sekiranya pengawal hak cipta berpuas hati badan pelesenan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka seperti dikehendaki undang-undang, maka badan pelesenan itu boleh dibatalkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan