Kabinet Bayangan, Pandangan Peribadi Shuhaimi

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei bahawa 20 pemimpin parti akan menerajui jemaah menteri Pakatan Rakyat (PR) sebagai pandangan peribadi semata-mata.

Dilihat senada dengan Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw pada Isnin, Azmin berkata hal itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya tidak pernah tengok senarai tersebut.

"Saya pun tidak tahu menteri apa yang saya jawat. Itu hanya pandangan peribadi Shuhaimi sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen pada Selasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff pula menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda itu satu kenyataan tak rasmi PKR dan ia sengaja disabotaj.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan Kabinet bayangan, sebaliknya beliau berkata satu Jawatankuasa Pakatan telah ditubuhkan sejak 2008 bagi menangani isu-isu nasional.

"Setahu saya tiada Kabinet bayangan, yang ada satu jawatankuasa Pakatan.

"Saya baru pulang daripada Rapat Pimpinan Nasional PKR di Shah Alam minggu lalu dan isu ini tiada langsung pernah dibangkitkan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perebutan jawatan dalam Kabinet tidak perlu dijadikan isu sebaliknya dasar yang akan dilaksanakan Pakatan sekiranya mentadbir Putrajaya.

"Kita tak berminat tentang personaliti sebaliknya dasar.

"Kalau Najib nak cabar Pakatan tentang Kabinet Bayangan kenapa Barisan Nasional (BN) tak wujudkan sendiri di empat negeri yang ditadbir Pakatan? BN kena konsisten dalam hal ini," katanya.

Isu kabinet bayangan bangkit selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkannya sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan