Jaminan Tiada Disembunyikan Dalam Laporan Audit - Ambrin Buang

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberi jaminan bahawa tidak akan ada yang disembunyikan dalam Laporan Ketua Audit berikutan ia akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Mengulas mengenai kritikan para pemimpin pembangkang mengenai kelewatan laporan itu untuk dikeluarkan, Ambrin berkata, ia membolehkan masa yang cukup untuk membahaskan tentang belanjawan negara seperti yang diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Saya turut ingin menjelaskan bahawa kami mengaudit semua kerajaan negeri tanpa mengira sama ada mereka adalah A atau B,” kata Ambrin kepada para pemberita selepas majlis perasmian Hari Audit 1Malaysia dan persidangan juruaudit tahunan sektor awam di sini, Isnin.

Bernama memetik Ambrin sebagai berkata bahawa Aziz telah meminta lebih banyak masa untuk membenarkan perbahasan yang lama bagi mengelakkan daripada laporan audit mencuri perhatian belanjawan.

“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Tahun lepas, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah dibentangkan dua minggu selepas Belanjawan 2012,” tambahnya.

Baru-baru ini, Nazri dilaporkan sebagai berkata bahawa laporan tersebut akan dibentangkan seminggu selepas Belanjawan 2013.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan