Beberapa NGO Akan Hantar Memo Bantahan Kepada Majlis Peguam

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) merancang untuk mengadakan bantahan di hadapan pejabat Majlis Peguam di sini pada jam 3 petang Selasa.

Mereka juga dijadualkan menyerah memorandum bantahan berhubung isu anggota polis yang menjadi mangsa tembakan para penjenayah kepada badan guaman itu.

mStar Online difahamkan memorandum bantahan tersebut antara lain mengandungi ketidakpuasan hati terhadap sikap Majlis Peguam yang mereka labelkan sebagai 'mengamalkan keadilan terpilih.'

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan