Anwar Dolak-Dalik Isu Kabinet Bayangan

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berdolak-dalik mengenai senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Anwar secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kabinet bayangan pembangkang bakal dibarisi beberapa wakil rakyat dan pemimpin kanan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP yang menang dalam pilihan raya.

Jelas beliau, agihan portfolio kabinet bayangan pembangkang berkemungkinan dibuat berdasarkan tugas dan pembahagian isu yang dipelopori wakil rakyat sedia.

"Saudara tengok siapa yang bakal menjadi Perdana Meneteri dan Timbalan Perdana Menteri. Itu adalah senarai kanan daripada ketiga-tiga parti.

"Semua senarai pimpinan kanan (akan dipilih) kalau menang. Kalau kalah tak boleh. Selain itu sekarang kita sudah beri tugas khusus (kepada wakil rakyat dan pemimpin) mengenai isu pendidikan, ekonomi serta Petronas. Daripada ketiga-tiga parti ada seorang wakil (mengenai sesuatu isu)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencabar agar pembangkang membentangkan kabinet bayangan mereka sebelum memasang hasrat mengambil alih Putrajaya.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan bahawa kabinet bayangan pembangkang bukanlah satu kemestian kerana ia tidak menjadi amalan politik di Malaysia.

"Kabinet bayangan ini hanyalah amalan politik di United Kingdom dan Australia. Ia tidak diamalkan di Amerika, Perancis, Inodesia mahupun Thailand," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan