Tun M Tidak Berminat Jadi Pengantara Antarabangsa

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berminat memainkan peranan sebagai pengantara antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair atau bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter.

Beliau menyatakan perkara ini pada perjumpaan tidak rasmi dengan pelajar Malaysia di pejabat wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Sabtu.

Selepas menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri PBB-Habitat pada Jumaat malam, beberapa hadirin bertanya Dr Mahathir sama ada beliau ingin memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa berdasarkan pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa dan kedudukan beliau sebagai negarawan terkemuka.

"Saya rasa saya tidak layak memainkan peranan itu," katanya kepada Bernama sambil memberi alasan dalam nada berjenaka bahawa "dunia tidak akan mendengar cakap saya dan orang akan tetap melakukan apa yang mereka suka...Jadi, saya menolak kemungkinan itu."

Pada majlis berkenaan, Dr Mahathir kelihatan tenang dan santai ketika menjawab soalan para pelajar tentang pelbagai isu, daripada keadaan politik di Malaysia dan langkah Malaysia untuk beralih menjadi sebuah negara maju, hinggalah kepada sengketa China-Jepun.

"Untuk mengurus sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama seperti Malaysia, anda memerlukan kerajaan yang kuat," kata beliau.

Dr Mahathir menasihati para pelajar supaya tidak meninggalkan budaya serta nilai yang mereka bawa dari tanahair ketika menuntut di Barat.

"Ramai yang mula berubah dari segi nilai dan budaya sendiri setelah tinggal di negara maju. Malah, ada yang sanggup berkata kami (di Malaysia) tidak seprogresif seperti orang di negara tempat anda belajar.

"Apabila anda membandingkan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang lebh baik, maka negara anda akan kelihatan tidak begitu baik. Tapi, sekiranya anda bandingkan negara anda dengan sesuatu yang tidak begitu baik, maka perkara yang tidak berapa baik ini akan mula kelihatan baik," katanya.

Beliau menggesa pelajar Malaysia supaya pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian masing-masing untuk menyumbangkan pengetahuan mereka dalam membangunkan negara.

"Bantulah Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi negara maju menjelang 2020," kata Dr Mahathir sambil menegaskan bahawa walaupun berdepan dengan kemelesetan global, Malaysia terus berkembang dan "mampu melepaskan diri daripada graviti", seperti yang disebut Financial Times baru-baru ini.

Dr Mahathir, yang kelihatan masih cergas dan berfikiran tajam, walaupun sudah mencapai usia 87 tahun, berkata ketika mula mencapai kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah Inggeris, Malaysia dipandang rendah dan malah, ada pengkritik berkata ia tidak akan sampai ke mana kerana mempunyai rakyat yang berbilang etnik dan kaum.

"Kami mengambil keputusan untuk berkongsi kekayaan sesama masyarakat kita Melayu, Cina dan India. Tidak mengapalah mendapat bahagian yang lebih kecil, daripada membolot semuanya. Dengan berkongsi kek yang ada dengan masyarakat lain, ini bermakna kami memberi peluang kepada masyarakat lain juga," katanya sambil menjelaskan bahawa sehingga kini, Malaysia berjaya memastikan pertumbuhan ekonomi dan kemakmurannya.

Beliau berkata Malaysia dianugerahi kekayaan alam semula jadi dan berbeza dengan jirannya, Malaysia tidak dilanda bencana alam.

Mengenai rasuah, Dr Mahathir berkata orang yang memberi rasuah, juga bersalah seperti orang yang menerimanya.

Menyentuh tentang kekacauan yang berlaku di beberapa negara Islam baru-baru ini berkaitan sebuah filem anti-Islam yang dihasilkan seorang individu di Amerika, Dr Mahathir berkata beliau menyokong kebebasan menyuarakan pendapat, tetapi ia mestilah ada hadnya, terutama tidak melukakan persaan orang lain.

Mengenai ketegangan yang semakin memuncak antara China dan Jepun serta peranan Amerika dalam konflik itu, beliau berkata: "...Perlu ada kesediaan untuk bertolak ansur dan mencapai keseimbangan."

Beliau memberi contoh bagaimana Malaysia berjaya mencapai persetujuan dengan jirannya hasil daripada 'pendirian sewajarnya' yang diambil dalam menangani sesuatu konflik atau isu.

Ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke pejabat perwakilan Malaysia itu disambut duta Malaysia di Washington Datuk Othman Hashim.

Muhammad Afiq Hassan, pelajar dari Stevens Institute of Technology di New Jersey, menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak pelajar Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan