PM Persoal Kabinet Bayangan Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan kali ke-41 dengan tema
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan kali ke-41 dengan tema "Satu Hati" di sini, Ahad. 
-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak layak bercakap mengenai hasrat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan sedangkan mereka masih belum bersedia dengan kabinet bayangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kabinet bayangan adalah perkara asas bagi pembangkang namun menegaskan mereka gagal untuk berbuat demikian.

"Kenapa mereka masih belum buat (kabiner bayangan)? Adakah mereka takut dan masih tidak tahu jawatan apa nak diberikan kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang atau (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu?

"Jangan cakap mengenai nak tubuh kerajaan, buat kabinet bayangan dulu," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, Ahad.

Mengambil contoh mengenai pertikaian perlaksanaan hukum hudud, Najib berkata pakatan pembangkang gagal mencapai persefahaman hingga menimbulkan perbalahan antara PAS dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Jika tidak mempunyai polisi bersama terhadap sesuatu perkara asas, bagaimana nak mentadbir sebuah kerajaan? Anda tidak mempunyai kredibiliti untuk menguruskan kerajaan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan