Penjual Ikan Hasil Tuba Diambil Tindakan

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Jabatan Perikanan Malaysia memberi amaran untuk mengambil tidakan tegas terhadap mereka yang memungut ikan-ikan yang dituba dan menjualnya kepada orang ramai.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussin berkata mengikut peraturan di bawah Akta Peraturan Pencemaran Sungai 1991, Jabatan Perikanan berhak menahan sesiapa sahaja yang memungut ikan hasil tuba walaupun kegiatan menuba dilakukan orang lain.

"Mereka yang terlibat boleh didakwa di mahkamah serta boleh dikenakan denda RM500 atau dua tahun penjara," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata Jabatan Perikanan terpaksa bertindak tegas berikutan banyak ikan hasil tuba dijual kepada orang ramai.

Adnan berkata tahun lepas Jabatan Perikanan Pahang menerima 17 aduan mengenai kegiatan menuba ikan di Temerloh dan Maran. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan