Penjawat Awam Dinasihat Agar Lebih Bijak Belanjakan Duit Bonus

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penjawat awam seharusnya lebih bijak menguruskan kewangan terutamanya pemberian bonus satu setengah bulan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, kata Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Mohamed Zahari Razali pada Isnin.

Beliau berkata pendapatan tambahan duit bonus yang bakal diterima mereka itu, perlu dibelanjakan dengan bertanggungjawab dan tidak membazir.

"Tentukan keutamaan anda. Ini tidak bermakna apabila anda menerima bonus, maka sudah tiba masanya untuk menukar kereta baharu atau mendapatkan satu set 'sport rim' baharu," katanya mewakili Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Yahya Basimin merasmikan program Pendidikan Kewangan untuk penjawat awam, anjuran Bank Negara, di sini.

Katanya, terdapat banyak kes penjawat awam terlibat dalam masalah displin yang berpunca daripada masalah ketidakupayaan menguruskan kewangan.

Program Pendidikan Kewangan tersebut memberi peluang kepada penjawat awam memahami kaedah terbaik menguruskan pendapatan mereka dan mendapat nasihat daripada pakar, tambah beliau. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan