Penanam Padi Boleh Dapat Ganti Rugi - Awang Adek

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Pesawah padi yang tanamannya mengalami kerosakan, layak memperoleh ganti rugi maksimum sebanyak RM13,000 untuk kawasan sawah tidak lebih 10 hektar di bawah Skim Perlindungan Takaful Padi yang diumum dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dengan adanya skim perlindungan itu, ia akan meringankan beban pesawah dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah mendapatkan modal pusingan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu, berkata petani di kawasan Lembaga Kemajuan Petanian Kemubu (Kada) berpotensi mendapat skim itu kerana tanaman mereka seringkali menghadapi kerosakan seperti serangan tikus dan banjir.

"Selama ini mereka menghadapi masalah besar apabila mengalami kerugian disebabkan tanaman padi rosak," katanya kepada pemberita pada majlis pengagihan zakat kepada 350 petani di Kampung Padang Melintang, Beris Kubur Besar di sini, petang Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan skim itu dengan memberi manfaat kepada 172,000 pesawah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan