Guan Eng Serah Mansor 'Urus' Konflik

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terus menerima tekanan apabila diminta 'menguruskan' sendiri isu kontroversi menggelarkan Lim Guan Eng sebagai angkuh dan sombong.

Kali ini gesaan berkenaan datang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri yang mahu timbalannya menyelesaikan segera isu tersebut.

"Perkara ini biar diuruskan sendiri oleh Datuk Mansor. Kita perlu hormat dia selaku Pengerusi PKR (Parti Keadilan Rakyat) negeri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Lim berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar kontroversi yang timbul antara pemimpin utama Pulau Pinang itu diselesaikan secara profesional.

Tegas Karpal penyelesaian itu tidak perlu melibatkan parti yang diwakili oleh kedua-dua pihak, sebaliknya diselesaikan secara peribadi.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada April lalu di sini, didedahkan.

Mesyuarat itu antara lain berkisar soal pembahagian kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13 dan peluang memenanginya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan