Graduan UniMAP Boleh Cipta Kerjaya Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempunyai ruang mencipta kerjaya sendiri sebagai usahawan berjaya meskipun mereka menjadi buruan sektor industri, kata anggota lembaga pengarah universiti itu, Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Beliau berkata graduan UniMAP boleh membina cita-cita besar bukan sekadar menjadi seorang pekerja sahaja tetapi menjadi seorang usahawan yang berdaya maju.

Berucap menutup Festival Konvokesyen UniMAP kali ke-7 di sini malam tadi, Shah Headan berkata universiti itu semakin gah kerana banyak graduannya kini berada di pasaran industri.

Menurut beliau, meskipun graduan berkenaan mempunyai kedudukan baik termasuk sebagai pekerja industri di syarikat antarabangsa namun mereka boleh menggunakan kepakaran dan pengalaman yang ada untuk bertapak sebagai seorang usahawan.

Sementara itu pada majlis itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin menyampaikan sumbangan kepada dua rumah kebajikan anak yatim hasil jualan kupon festival itu.

Rumah Hembusan Kasih, Arau dan Rumah Anak Yatim Mak Teh di sini masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM1,305.

Pada majlis itu para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian Canggung yang merupakan tarian tradisi Perlis yang dijayakan oleh pelajar antarabangsa universiti itu di samping persembahan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Festival lima hari itu di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar UniMAP dengan penyeliaan kakitangan universiti. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan