DAP Bidas PKR Isu Kabinet Bayangan

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi sekutu mereka dalam pakatan pembangkang apabila mengeluarkan senarai kabinet bayangan sendiri sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Naib Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, PKR tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan senarai kabinet bayangan mereka kerana pembangkang masih belum memenangi majoriti kerusi Parlimen bagi membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan.

"Itu direka-reka...kenapa kita perlu keluarkan (senarai) sekarang kerana kita tak tahu siapa yang akan menang dan siapa yang tidak.

"Dalam erti kata lain, senarai Kabinet itu akan terpulang kepada rakyat untuk tentukannya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai senarai 20 pemimpin PKR yang didakwa Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei akan menerajui jemaah menteri sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut mengenai senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan diperingkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Tegas beliau, pakatan pembangkang sama sekali tidak pernah membuat senarai calon bagi mengisi jawatan dalam kabinet kerajaan sekaligus menyifatkan senarai itu hanya rekaan semata-mata.

"Siapa yang buat senarai? Senarai tu bukan ditetapkan dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan. Saya tak tahu. Hampir setiap mesyuarat Pakatan saya hadir tapi tak pernah dibincangkan pun," katanya.

Bagaimanapun Tan mengakui pembangkang mempunyai calon pemimpin yang layak dan berwibawa, namun katanya itu tidak menjamin kedudukan mereka dalam kabinet sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya.

"Kita belum tahu lagi. Bila kita menang pilihan raya nanti baru kita buat keputusan siapa yang layak, siapa yang tak. Perdana Menteri berhak pilih orang yang paling berkaliber," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan