Agong, Permaisuri Berangkat Ke Jepun

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Jepun pada Isnin bagi mengadakan lawatan negara selama lima hari.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas pada pukul 8.45 pagi dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Baginda diiringi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai menteri pengiring serta pegawai kanan Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Turut mengucapkan selamat berangkat ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Luar Kohilan A. Pillay dan Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Sebelum berangkat, Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam.

Lawatan Yang di-Pertuan Agong itu adalah atas undangan Maharaja Jepun Maharaja Akihito.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat mengunjungi Maharaja Akihito dan Maharani Michiko serta menghadiri majlis santapan negara bagi meraikan Seri Paduka berdua.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah juga dijadual berangkat menemui komuniti rakyat Malaysia di Jepun sempena majlis jamuan makan malam yang diatur Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko pernah melawat Malaysia pada 1991 dan 2006. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan