Ulama Disaran Berhati-hati Keluarkan Pendapat

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Golongan ulama disaran agar berhati-hati mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara supaya buah fikiran mereka itu tidak mengelirukan masyarakat.

Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ulama yang tidak cukup pengetahuan untuk menyelesaikan permasalahan melibatkan hukum boleh melembabkan masyarakat dengan fatwa mereka yang salah.

"Ulama adalah orang yang berpengaruh, pandangan mereka diambil kira sebagai 'divine conclusion' oleh masyarakat. Jadi, golongan ulama harus beri pandangan yang boleh meningkatkan mentaliti umat," katanya ketika berucap pada seminar Ulama dan Kebangkitan Rakyat anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Mohd Asri berkata sejarah membuktikan kebangkitan atau kejatuhan sesebuah masyarakat bergantung pada kekukuhan institusi ulama dan golongan itu harus memperkasa barisan mereka jika mahu menjadi pembela rakyat.

Beliau bagaimanapun berpendapat golongan ulama tidak semestinya menjadi pemerintah atau membentuk kerajaan sendiri untuk memandu rakyat sebaliknya harus berani menasihati pemerintah, jika wujud kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.

"Pemimpin dan ulama adalah dua golongan yang memegang kepimpinan, ada pengaruh tersendiri dalam masyarakat," katanya.

Justeru, Mohd Asri berkata jika kedua-dua golongan itu bergabung dan tidak memanipulasi antara satu sama lain maka kerjasama itu dilihat mampu melahirkan masyarakat intelektual dan dapat mewujudkan sebuah negara yang teguh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan