Sukarelawan Berlepas Ke Myanmar Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan - Berita Semasa | mStar

Sukarelawan Berlepas Ke Myanmar Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 14 sukarelawan pasukan pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu etnik Rohingya berlepas ke negara itu pada 5 petang Sabtu.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pasukan itu berlepas ke Myanmar sebagai pemberi maklumat berhubung ketenteraman dan memantau 40 kontena yang menggunakan kapal Simar Birma bagi membawa 500 tan metrik bantuan dalam bentuk makanan, perubatan serta beberapa keperluan ke negara tersebut.

"Hari Isnin ini, (pasukan sukarelawan ini) akan maklumkan kepada kita waktu yang sesuai untuk kita terbang dan menjadi perantara kedutaan Malaysia dan kerajaan di sana," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Azeez, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata tiga individu dilantik mengetuai misi tersebut iaitu Datuk Dr Alwi Abdul Rahman sebagai ketua kumpulan perubatan, Ahmad Zaini Kamaruzzaman (ketua kumpulan media) dan Md Farid Hassan (ketua kumpulan delegasi sukarelawan).

Pasukan Kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar pula dijangka berlepas 3 Okt ini dan pulang ke tanah air pada 10 Okt.

Beliau berkata bantuan itu juga tidak terhad kepada golongan masyarakat Islam Rohingya malah akan diberi kepada orang bukan Islam yang memerlukan di Myanmar. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan