Rebat Telefon Pintar 3G: SKMM Disaran Lantik Agen Terpilih - Berita Semasa | mStar

Rebat Telefon Pintar 3G: SKMM Disaran Lantik Agen Terpilih

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) Malaysia menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melantik agen terpilih bagi menjual telefon pintar 3G asli, kepada golongan belia yang menerima rebat RM200.

Presiden Perbit Mohd Ali Ibrahim berkata dengan adanya permintaan daripada kira-kira 1.5 juta pengguna, bekalan telefon pintar 3G mungkin terjejas dan menyebabkan pengedar mengambil kesempatan menjual telefon yang tidak asli dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

"Kita mesti mengawal telefon yang asli kerana lebih kurang 50 peratus telefon mudah alih tidak asli terdapat di pasaran. Harap kerajaan dapat mengawal keadaan ini secara profesional dengan hanya membenarkan pengedar yang diiktiraf sahaja menjualnya," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Mohd Ali turut menyambut baik peruntukan RM300 juta yang bakal dimanfaatkan oleh 1.5 juta belia bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Belanjawan 2013.

"Belia yang ingin membeli telefon 3G ini mereka mesti lebih prihatin kerana berlakunya pengalihan telefon biasa ke 3G ini kos akan meningkat lebih tinggi antara 100 hingga 150 peratus dengan adanya kemudahan seperti internet dan MMS (multimedia messaging service)," katanya.

Beliau turut mencadangkan SKMM dan syarikat telekomunikasi mewujudkan pakej khas bagi golongan belia yang membeli telefon pintar tersebut supaya mereka dapat mengawal penggunaan talian. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan