Kerajaan Sedia Kemudahan Insurans Kepada Anggota Rela - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Sedia Kemudahan Insurans Kepada Anggota Rela - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein bersalaman dengan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sebaik tiba di Majlis RELA bersama Pemimpin di Dewan Pak Musa, Beaufort, Sabah, Ahad. -fotoBERNAMA
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein bersalaman dengan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sebaik tiba di Majlis RELA bersama Pemimpin di Dewan Pak Musa, Beaufort, Sabah, Ahad. -fotoBERNAMA

BEAUFORT: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan perlindungan insurans kemalangan diri kepada anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Katanya, kemudahan insurans sehingga RM40,000 itu melibatkan tempoh perlindungan mulai 5 Sept lalu hingga 4 Sept 2014.

"Buat permulaan, seramai 100,000 anggota Rela akan diberi kemudahan itu," katanya semasa menghadiri majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Pak Musa, di sini, malam Ahad.

Jelas Hishamuddin perlindungan insurans tersebut meliputi, kematian ketika bertugas, hilang upaya menyeluruh kekal semasa bertugas, hilang upaya separa kekal sementara semasa bertugas, perbelanjaan perubatan, elaun hospital, alat ganti palsu dan khairat kematian.

Sehingga 27 September lalu, Rela mempunyai keanggotaan hampir 3 juta di seluruh negara. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan