Gerakan Tangguh Pemilihan Parti

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan meluluskan beberapa cadangan pindaan perlembagaan parti itu termasuk usul menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan Mac tahun depan, lapan bulan selepas tarikh pilihan raya umum (PRU).

Cadangan itu, yang diterima sebulat suara oleh perwakilan Gerakan, dibentang Timbalan Speaker jawatankuasa pusat parti Datuk Gooi Hoe Hin pada persidangan perwakilan nasional parti itu di sini, Sabtu.

"Pindaan itu akan membolehkan parti menghadapi PRU terlebih dahulu, dan dalam masa lapan bulan, baharu kita habiskan pemilihan parti itu, bermakna kita mahu lebih masa untuk pemilihan parti, supaya ia tak jejaskan usaha kita untuk hadapi PRU-13," katanya kepada kira-kira 747 perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri persidangan dua hari dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad.

Sementara itu, ketika membentangkan cadangan tersebut, Gooi berkata sebelum ini, berdasarkan Artikel 43.1 Perlembagaan Parti Gerakan, Jawatankuasa Kerja Pusat dengan kebenaran Jawatankuasa Pusat, mempunyai kuasa untuk menangguhkan pemilihan parti kepada satu tarikh lain dalam tempoh 15 bulan.

"Tahun ini, kita sudah menggunakan lebih kurang sembilan bulan dan memandangkan PRU-13 masih belum tahu lagi tarikhnya, dan menjelang 31 Mac 2013 sudah habis tempoh penangguhan itu, maka bermakna kita mesti habiskan.

Malangnya, kita tiada masa kerana yang lebih penting ialah PRU," katanya.

Selain itu, Jawatankuasa Pusat membatalkan Artikel 96.2 dalam perlembagaan parti serta meluluskan penambahan Artikel 96.3 bagi membenarkan pelajar universiti menyertai parti tersebut selaras dengan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan