Gerakan Janji Buat Lebih Baik Untuk Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta pengundi di Pulau Pinang supaya memberi sekali lagi peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau berkata Gerakan bertekad untuk melakukan sesuatu yang lebih baik lagi untuk mengubah nasib rakyat di negeri itu.

Koh turut menyifatkan negeri yang menjadi kubu Gerakan selama 40 tahun itu sebelum kecundang pada pilihan raya 2008, sebagai jantung hati Gerakan sambil menyatakan hati dan minda Gerakan adalah sentiasa bersama negeri dan rakyat Pulau Pinang.

"Kita meminta peluang supaya dapat terus berkhidmat. Kami bertekad untuk melakukan lebih banyak di Pulau Pinang. Sekiranya kita benar-benar bersatu hati, rakyat tentu akan memberi peluang kepada kita," katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Ahad.

Justeru, Koh yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mahu anggota Gerakan di semua peringkat segera merapatkan barisan dan mengetepikan perbezaan dalam memastikan kemenangan calon-calon Gerakan dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

"PRU-13 akan menyaksikan pertarungan sengit tetapi kita tidak gentar. Marilah kita tonjolkan yang sebaik mungkin. Mari kita jadikannya kejayaan terbaik kita," katanya.

Beliau juga memberitahu perwakilan bahawa Najib adalah pemimpin terbaik untuk memacu negara ke arah pembangunan berterusan dan menjamin kestabilan.

"Sebahagian masyarakat mungkin menaruh harapan kepada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tetapi bagi saya, Najib adalah pilihan yang jauh lebih baik.

"Beliau (Najib) dikenali sebagai pemimpin yang mesra dan apa yang penting ialah beliau seorang pemimpin yang adil dan tegas. Untuk kenyataan ini, saya berani jamin," katanya.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyentuh isu pendidikan dengan mencadangkan supaya transformasi pendidikan negara yang bakal dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mengambil kira beberapa perkara.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan