Bantahan Di Projek Penapisan Pengerang

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGERANG: Kumpulan Himpunan Hijau mengadakan demonstrasi terhadap projek penapisan dan petrokimia bernilai RM60 bilion di Kampung Sungai Rengit di sini.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya ahli pertubuhan bukan kerajaan dari luar kawasan itu, tiba awal dan berpakaian hijau.

Mereka membawa 'banner' dan sepanduk menonjolkan kemusnahan alam sekitar dan kesan projek dalam kehidupan penduduk.

Ia merupakan perhimpunan aman yang bermula kira-kira pukul 10.00 pagi dengan ucapan oleh beberapa pemimpin pembangkang negeri. Orang ramai bersurai selepas tengah hari.

Ahli parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembangkang telah menggunakan projek tersebut sebagai langkah politik untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan.

Beliau menambah, pembangkang telah memutar belitkan fakta mengenai projek untuk meraih undi.

Beliau membidas penganjur protes yang mengatakan bahawa dia telah dijemput untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

"Saya tidak menerima sebarang pelawaan daripada mereka. Ini adalah cara pembangkang yang berbohong kepada rakyat," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu pemberita pada perhimpunan bahawa parti itu tidak pernah menentang projek itu tetapi mengingatkan kerajaan tentang kebajikan rakyat di Pengerang.

"Terdapat sembilan perkampungan nelayan yang akan terjejas akibat projek ini," katanya.

Kenyataan Salahuddin itu seolah-olah bercanggah dengan sekutu Pakatan Rakyat, Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, yang menggesa supaya projek dihentikan.

Mereka yang hadir pada perhimpunan itu ialah Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan beberapa ahli jawatankuasa Bersih 2.0, termasuk Wong Chin Huat dan Hishammuddin Rais.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan