Bajet Seimbang, Ambil Kita Kepentingan Semua Golongan - Taib

Diterbitkan: Ahad, 30 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dengan mengambil perhatian dan kepentingan semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata Belanjawan itu turut melibatkan golongan yang kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini khasnya generasi baru dan muda selain masyarakat perniagaan, sejajar dengan perubahan dalam negara.

Belanjawan kali ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada rakyat malah juga golongan usahawan serta korporat melalui beberapa inisiatif baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Jantung Sedunia di Taman Sahabat di sini, Ahad.

Taib berkata beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan yang selari dengan keperluan rakyat hari ini.

Sementara, ketika berucap pada majlis itu, Taib yang berkongsi amalannya setiap hari iaitu berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas, berkata gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan masyarakat hari ini khasnya generasi muda.

"Hari ini saya lihat anak muda hanya banyak mengerakkan hujung jari mereka, jadi mula hari ini kita boleh mulakan amalan dengan berjalan kaki setiap hari untuk kekal cergas," katanya.

Kira-kira 2,000 orang menyertai program Hari Jantung Sedunia itu yang turut melibatkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Sahabat bersama Ketua Menteri dan isteri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan